Monday, 1 January 2018

Suami Paksa Rela - Teaser




"AKU terima nikahnya.. Nurul Qalisya binti Muhamad Ridzuan dengan mas kahwin... RM500 ringgit... tunai.."  

Tangan aku yang dah separuh sejuk ni aku genggam. Kepala aku kalau boleh memang taknak langsung angkat pandang dia!
No way!
Namun, kata-kata yang terbit juga dari bibir dia buatkan air mata aku laju menitis di pipi. Ah lantak lah Hanim nak marah ke nak cepuk aku ke, yang aku tahu sekarang.. aku sudah selamat bergelar isteri orang.
Isteri siapa?
Entah. Mana aku tahu! Aku tak kenal dia, langsung!
"beb! hensem gila ah do bos aku nih, nampak tampan gitew dalam baju melayu dia. Auch , ma hearteu!", sumpah aku rasa nak lambung je minah nih melayang sampai ke Korea. Tak habis-habis mulut dia duk memuji si Danial tu.
"Ish, aku tengah bersedih ni. Taknak pujuk ke?", Aku menyapu air mata buat kali ketiga. Rasanya cair sudah make-up Mak Eton ni. Kesian dia kena touch-up lagi nanti.
"Sedih apsal pulak? Weh harini kau dah selamat bernikah kut, dengan bos aku yang hensem lagi ganteng itu. Muka pun dah macam Park Jimin do, apa yang nak disedihkan lagi?", Soal Hanim dengan penuh rasa tak puas hati.
Tak habis-habis dengan bos hensem dia! Park Jimin konon! Tak kisahlah Park Jimin ke, Park you Jimin ke yang aku tahu, aku rasa nak angkat punggung lari dari sini. Dah separuh menggigil dah aku tertunduk dekat barisan hadapan saf perempuan ni bila terpandangkan wajah lelaki itu.
"Aku tak kenal dia, Hanim. Aku tak kenal dia, kenapa aku kena kahwin dengan dia pula?!", Bantah aku lagi.
Pandangan pelik rombongan pengantin di sebelah sana aku buat tak endah.
"Waduh, baru harini ke kau nak protes? Masa rombongan dia datang merisik, masuk meminang kau tak kata apa pun?", Hanim membalas.
"Nak protes apanya kalau semuanya berlaku sekali gus dalam satu hari!", balas aku geram. Tisu di sebelah aku capai dan laju ditempek ke muka. Ya, dahsyat kan? Dalam masa satu hari inilah aku selamat bertunang, menikah dan sekarang apa lagi?!
Nak maroh ah ni ha  nak maroh.
Hanim menggaru lehernya yang tak gatal. Matanya tajam pandang ke arah aku.
"Dah tu? Nak buat apa sekarang ni?", Eh eh dia soal kita balik. Tadi bukan main back-up si jantan tu.
Aku tayang muka geram dekat Hanim. Dengan jelingan sekali aku selit. "Buat bahagia la apa lagi ha ha ha ", Hanim laju mencubit pinggang aku. Aku separuh menjerit. Membalas balik cubitan dia dekat bahu. "Aku serius ni! Kau boleh ketawa pulak"
Bahuku disentuh oleh seseorang. Hanim dah pun angkat muka. Wajah dia agak terkejut sewaktu memandang ke belakang aku. Alahapadia nih yang Hanim pandang? Curious! Aku menoleh ke belakang. Jantung aku nak luruh dah. Help help!

Danial.

Zafraan.


Ya, dia yang tengah pegang title suami paksa rela oleh Umi dan Abah sekarang sudah berdiri tegak macam tiang kayu depan aku. Mulut aku pula dah terkunci rapat. Taknak buka kalau boleh.
"Kak ngah cepatlah! Abah nak ambil gambar ni, senyum lah sikit!", Abah bersuara sambil tangannya memberi isyarat ke arah Hanim agar meninggalkan aku dan Danial di situ. Aku tarik tangan Hanim, buat muka kesian. Takkanlah dia nak tinggalkan aku dengan jantan ni pulak uwuu
Danial duduk bersimpuh sebelah aku. Wajahnya sedaya upaya dilarikan supaya tak bertembung dengan anak mata aku. Aku menggigil. Gila kau tak gigil? Lelaki yang dah selamat bernama suami ni ha tengah duduk tak jauh beberapa inci je dari aku.
Seumur hidup aku tak pernah duduk serapat ni dengan lelaki. Ini kali pertama lah gila.
Dia perlahan-lahan merangkul pinggang aku. Bau haruman minyak wangi mahal yang dia pakai dah jauh menusuk ke dalam rongga hidung aku. Rasa terbuai lah sekejap.
"Danny, rapat lagi sayang. Daddy nak capture dah ni... posing lah cepat!", Ha, ini lagi seorang. Uncle Riz. Bapak mertua aku. Umur sebaya dengan Abah dan perangai pun dah dua kali lima, sama je dengan Abah.
Dia yang tengah duduk bersimpuh di sebelah aku dah mendengus geram. Laju sahaja tangan dia tarik aku ke arah dia, dan aku apa lagi. Tangan aku yang gatal ni selamat pula mendarat di dada bidang dia. Wajah aku control sebaik yang mungkin.
Bau nafas mint dia kuat menghembus leher aku. Aisehman, ini dah dekat gila nak mati ni.
Aku terpaksa menoleh ke sebelah, memandang wajah sisi Danial. Suami aku, ya ya.. suami. Si suami yang aku tak kenal, tak pernah bercakap langsung even satu patah ayat. Tak pernah bersua muka secara dekat dan sekarang ini, wajah aku cuma sinci sahaja dari pipi kanannya.
Danial menoleh ke sebelah.
Matanya jauh merenung ke dalam mata aku. Senyuman sinis dan tajam itu terpamer di hujung bibir dia.
Raut wajah dia tenang, indah dan putih mekar. Bulu mata dia yang agak lentik dan hidung mancung dia buat jantung aku berdetak laju. Tangan aku yang sedang sentuh dada bidang dia itu menggigil.
Aku kemudiannya laju berpusing ke hadapan semula. Menghadap kamera Abah dan Unlce Riz, beserta para tetamu yang lain.
Wajahnya didekatkan terus ketelinga aku. Bisikan halus di telinga buatkan tubuh badan aku lemah. Jarak yang cukup rapat sebegini membuatkan aku separuh hidup separuh mati dah dekat situ.


"You'll soon regret for marrying me, Nur Qalisya.."


Dunia aku terus terasa gelap. Jantung aku yang tengah berdetak tak ketahuan itu aku buat tak peduli. Badan aku dah lemah. Panggilan oleh Umi dan Abah aku sudah tidak berapa dengar dengan jelas.
Yang terpampang depan wajah aku sekarang hanyalah senyuman sinis lelaki itu. Ya, wajah dia lah yang terakhir aku lihat sebelum aku...

"Qalisya! Bangun!"